C-5 Galaxy
C-5 Galaxy

C-5 Galaxy

Kapal terbang Lockheed C-5 Galaxy adalah sebuah kapal terbang pengangkut tentera yang dibina oleh Lockheed. Ia telah direka untuk memudahkan pengangkutan berat strategik untuk perjalanan antara benua dan boleh mengangkut kargo yang bersaiz dan mempunyai berat luar biasa. kapal terbang C-5 Galaxy digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat sejak tahun 1969 dan ia merupakan salah satu kapal terbang tentera terbesar di dunia.